Filter 0
Filter
Categories0
-
SEJADAH (Prayer Mat)
- MIHRAB 3D
- Mihrab 2D(New)
- ISLAMIC WALL DECO CARPET
- Customize Mehrab Decor
- clear all
About Us
Mehrab Decor
Sebuah syarikat yang ingin menyahut falsafah " Rumah Ku Surga Ku " dengan menawarkan
produk dan kelengkapan untuk kita bersama berusaha mendapatkan kemanisan dalam menjalani ibadah
terutamanya semasa berada di rumah.
Apa itu MIHRAB ?
Mihrab -Bererti "peperangan" merupakan
suatu tempat khusus petunjuk arah kiblat yang disediakan HANYA untuk BERIBADAH seperti mengerjakan solat, berzikir, bermunajat dan membaca Al Quran. Ianya merupakan amalan para Anbia dan Solihin.
Kisah Syaidah Mariam dan Nabi Zakaria a.s yang bermunajat dan memohon doa kepada Allah swt a.s di Mihrab (AlQuran Surah Ali Imran ayat 37 -39) merupakan suatu petunjuk yang sering diperkatakan bahawa
MIHRAB ADALAH TEMPAT UNTUK BERDOA DAN TERKABULNYA DOA.
Mehrab Decor menawarkan suatu dekorasi mihrab mini "Ready made" dan mudah alih terdiri dari replika Mihrab yang berasal dari Mihrab Al Rawdah, Madinah dan juga Mihrab dari rekabentuk yang terkenal dari Asia tengah seperti Madinah, Buhara, Isfahan, Uzbekistan , Samarrah .
SEJADAH - Hamparan @ Alas yang digunakan oleh Umat Islam untuk besolat. Sejadah memiliki simbol yang kuat dan secara tradisi dijaga dengan bersih, suci dan baik.
Penghormatan kepada sejadah adalah penting kerana seseorang muslim perlu bersih sebagai menghormati Allah swt. Sejadah secara tradisi berbentuk segi empat tepat dengan corak sudut pada hujung kepala di hiasai rekabentuk dan simbol seni bina Islam. Hiasan ini
bukan sahaja penting tetapi memiliki nilai mendalam dalam rekaan sejadah.
MEHRAB DECOR DAN MADA CARPET
Mehrab Decor merupakan pengimport terbesar Di Malaysia sejadah dari Mada Carpet yang berpengkalan di Madinah Al Munawarrah, Arab Saudi.
Mada Carpet - Merupakan pengeluar terbesar sejadah dunia yang khusus menyediakan sejadah dan karpet terutamanya untuk Al Haramain , Mekah dan Madinah.
Pengunaan material berserta gabungan benang kapas ("cotton") berkualiti tinggi dan 100% dirawat memberikan kelembutan dan ketahanan kepada sejadah tersebut.
Sejadah ini tidak rusak jika di basuh dan mempunyai ketahanan yang lama.
"Menyediakan ruang Ibadah Khusus adalah Pilihan,
Menghiasnya merupakan Keinginan,
Mehrab Decor menawarkan "Pilihan Sesuai Keinginan"
+601158864958
[email protected]
Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2023
Powered with by AVANA